Nasi ambeng
Nasi ambeng

Nasi ambeng

Nasi ambeng atau nasi ambang adalah hidangan nasi wangi yang terdiri daripada - tetapi tidak terhad kepada[1] - nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang[2], urap, bergedel, dan serunding. Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayu[3] di negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia. Nasi ambeng sering dihidangkan dengan gaya berama-ramai dengan disaji di dalam dulang[4] untuk dikongsi di antara empat hingga lima orang; terutamanya semasa majlis perayaan dan/atau hari istimewa seperti kenduri[5].